Mahu ku bersama
Mahu ku ke sana diriku tak disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku
Tenanglah duhai jiwa
Tebarlah tulus doaKu kepadanya saatku tiada(Korus)Tuhan Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian
Tuhan Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia
Terbangkan diriku Bersayap seribu biar detik menjadi laju Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar
Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada(Korus)
Tuhan jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian
Tuhan Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi
Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia(Ulang Korus)
Thursday, 28 August 2014
Lirik lagu Jaga Dia Untukku
Pelakon dan nama watak
Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul Iqba
Ayda Jebat sebagai Armel Aisya
Mimi Ernida sebagai Daria
Zuhairi sebagai Zahirin
Jonathan Putra sebagai Raizil
Adeline Tsen sebagai Irene
Karl Shafek Ibrahim sebagai Ilhan Darwisy
Afzan A.Rahman sebagai Azad
Fazahmaddaud sebagai Raziqah
Fathildani sebagai Iqbal
Fazah Mad Daud
Ika Nabella sebagai Nazneen
Ayda Jebat
Sebagai Armel Aisya.Memiliki seorang anak bersama Zill Iqbal dan kini sedang mengharungi rumah tangga yang bahagia.Juga seorang isteri kepada Zill
Zul Ariffin
Sebagai Zill Faezrul Iqbal seorang suami kepada Armel Aisya dan memiliki kerjayanya sebagai seorang juruterbang.
Episode kemunculan:1-28
Sinopsis
Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.
Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.
Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!
Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?
Info
Creative Skill Solution membawakan drama adaptasi novel bertajuk Rindu Awak 200% hasi karya Liyana Zahim. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dan skrip oleh Nieza Nahar. Menampilkan gabungan pelakon Zul Ariffin dan Ayda Jebat sebagai peneraju utama. Pelakon lain seperti Ika Nabella, Jonathan Putra, Mimi Ernida, Zuhairi dan ramai lagi. Peminat novel semestinya tertungu-tungu drama ini kerana novel Rindu Awak 200% antara novel yang paling laris dijual pada tahun 2013. Saksikan drama bersiri Rindu Awak 200% bersiaran mulai 15 Julai 2014, tayangan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.
Rindu Awak 200%
JUDUL : Rindu Awak 200%
EPISOD : 28 Episod
TARIKH : 15 Julai 2014 (Isnin-Khamis, 7.00 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
KARYA NOVELIS : Liyana Zahim
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Aidilfitri Mohamed Yunos
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda Jebat, Jonathan Putra, Karl Syafiq, Mimi Ernida, Adeline Tsen, Ika Nabila, Mia Ahmad, Zuhairi Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Niena Bahrain, Afzan A.Rahman, Beego